Sunday 3 June 2012

MALAS R NAK TAIP!

Lama tak pos pape dalam blog? Hahahahahahaha, sibuk kot
("+ malas"), sampai tak tidoq la 2-3 hari. Lebam mata aku.
Biasa la, awal semester tidoq + main game, tengah semester meroyan sebab 'assignment' macam cendawan tumbuh lepas hujan, lepas habis musim assignment, musim tidoq+main game balik, lepas tu periksa, lepas tu cuti 3 minggu........................... Pergh takde noktah, bace degan sekali nafas je.

Mase musim assignmnt agak sibuk, padan muka taknak buat awal terima la padah, mse tengah musim assignment tiba2 kena terlibat 'handle' program satu minggu untuk projek institut.
Terpinga-pinga, tak tidur malam, dua kali pisau 'landing' atas jari, mase potong bahan utk assignment & projek. Tapi teruskan gak degan jari berbalut tu, hilang sikit je kulit jari, ahahahahahahahaha, kuku terbelah dua, hahahhhahahaa, huh! ngeri...Lps habis musim sibuk meroyan tu, mule la nak tidoq je kje, memang silap besar la banyak tidoq, lepas seminggu buat camtu, terus jadi pemalas, bese hjung minggu jogging, tpi lepas tu tak jogging da, tengok kasut sukan pun nak muntah rase. Bangun tidoq je terus mengadap laptop. Tapi internet 'wifi' tu mengalahkan siput perlahan die, malas nak bukak layan internet, dah la banyak 'site' kena 'block'................Ok lepas periksa ingat nak buat aktiviti mase balik kampung, tapi da satu minggu tak buat pape, hahahahaha, habis camtu je cuti satu minggu.

Seminggu cuti, jage kura-kura degan arnab je kat rumah, kemas bilik, tpi bahagian lain dalam rumah malas nak kemas...........(truk perangai!)

Sampai je kat rumah mase mula-mula cuti, rehat, esoknya terus g KLIA hantar orang g umrah, balik tidoq, Sabtu g Kuantan tak buat pape. Hampeh, pemalas betul!

Ok, cuti tinggal lagi 2 minggu, 1 minggu kene jadi 'babysitter' kat Ipoh, sebab akak ipar g umrah, abg plak keje, kene la jage anak die, diorang janji 1 minggu je, maknenye ade peluang 1 minggu lagi nak buat kuih, mengharap sangat dapat kekuatan semangat dan kesempatan mase nak buat kuih, sebelum balik cuti dah duk bayang........... Saya berazam taknak jadi pemalas lagi!

Ni gambar arnab dan kura-kura tu,
















Kura-kura ni opah punya, opah g umrah, kena tolong jaga, arnab anak sedare punye, die balik kampung bawak sekali arnab dia.