Wednesday 19 June 2013

Tuesday 26 February 2013

RAMBUT.......................

Ok, selepas cuti raya cina.....memang jadi malas r nak bersenam. Macam biasa, kalau cuti dekat rumah memang banyak rehat je, bila balik jadi malas, nak baring je kejenye. Punya teruk sampai tertangguh sampai 2 minggu "plan" nak gunting rambut. Rambut lambat tumbuh, tapi kalau dah panjang, memang macam singa la kembang die. Dah la kembang, lepas tu memang gatal tengkuk kena rambut. Lepas tu hari Ahad tekad nak pergi gunting. Petang tu pukul 6.00 petang, walau berat rasa nak keluar, akhirnya dapat jugak berbasikal ke pekan. Masa kat kedai tu, ramai orang. Pertama kali gunting rambut kat sini. Biasa "precut" kat rumah je. Gunting kat situ memang best. Puas hati. Siap urut kepala lagi. Memang ringan la kepala. RM6.00 je. Gunting kat rumah pon RM8.00. Berbaloi la tunggu lama pon. Lepas gunting pekena roti telur. Dah 3 minggu tak makan kat kedai tu. Roti canai kalau 2 keping tak cukup, tapi kalau roti telur makan 2 keping memang kenyang la. Dengan perut dah kenyang, kepala rasa ringan, pukul 7.00 petang balik asrama. Perut kenyang, malam tu layan bola. Lepas tu buat kerja yang bertimbun. Tapi semangat tu masih lemah. Malas betul nak buat. 2 jam, 2 perenggan je "essay" yang boleh dibuat, Memang banyak buang masa mengelamun je. "Update" blog pon malas, (ni pon kira rajin sikit nak "post" citer kosong ni), lepas tu, bila dah tengok tak banyak kemajuan, terus tidur. Senang cerita. Kenapa aktiviti hari Ahad ni dijadikan  cerita blog? Sebab hari Ahad ni menandakan adanya perkembangan positif, iaitu melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Memang sejak balik cuti raya cina, tak jadi pape, selain tidur, baring-baring........

Tuesday 12 February 2013

LA-O-BE.........

The Swallows....banyak lagu mereka yang saya minat. Paling best "La-O-Be" dengan "Nga Lompak Agogo". Memang layan lah lagu-lagu ni. La-O-Be memang seronok dilayan berulang-ulang. Tak jemu. Versi metal oleh XPDC feat. Jatt BDB pun best, sentuhan baru, tapi tak merosakkan lagu tersebut. Tapi golongan veteran, mesti tak suka, sebab agak "heavy". Maklumlah, "evergreen" mana ade "heavy-heavy" ni. Kat bawah ni lirik La-O-Be. Tak tahu betul ke tak...... Salin-tampal dari blog orang lain je......(tak mintak izin plak tu). Bahasa yang digunakan ialah bahasa Bawean. Ada yang saya faham, ada yang saya tak faham. Baris 1-11, saya tahu. Baris 12-16 tak tahu, cari dalam internet pun ramai yang terjemah separuh je.................................

Lirik LA-O-BE - Kassim Selamat (The Swallows)

Setulu bule kape rakan..
Neng kene bule la ngaestabe..
Setulu malem aberek masem..
Arapan bule tak tauk..
Bule tak tauk..


(chorus)
Arapan..
Arapan alek..
La Au Be ti naju bule..
Atong ku..
Atong ku alek..
Bule ngaestabe..

Aung ke aka ropana..
Toro naka imbirna..
Pastele naka ropana..
Se mu ingak kapan dirna..
Ingak kapan dirna..

(ulang chorus)


lepas layan La-O-Be, layan Stonebay plak, lagu Si Murai Penipu dengan Sangsi. Lepas tu layan N SK Kangourou Nomade

Sunday 10 February 2013

NAK DIJADIKAN CERITA.......

Balik rumah untuk cuti musim perayaan ni macam biasa, naik bas.....Macam biasa...Ambik bas malam, pukul 11.00 turun Pudu, lepas tu ambik pulak bas balik Pahang...Ok...Walaupun macam biasa, tapi ada jugak cerita yang nak dicerita...Ok... Dari Kedah macam biasa, naik bas takde masalah pape, bas tak masuk Alor Setar, dari Jitra terus ke KL. Biasa masuk Alor Setar dulu, nanti sampai Pudu pukul 6.00 pagi. Tapi sebab bas dah penuh, bas tu pun tak masuk Alor Setar, bas pon sampai 1 jam awal di Pudu. Dah la Pudu Sentral tu bukak pukul 5.30 pagi, kenalah duduk dekat tepi tangga bergerak tu sampai bukak. Sepanjang perjalanan dalam bas nak ke KL tu asyik tidur je memanjang.....LETIH KOT!.....Bas berhenti pon tak sedar...... Macam biasa, solat di surau dekat Pudu Sentral, subuh masuk lewat, lepas solat terpaksa "rush" nak "kejar" bas pukul 7.00 pagi ke Pahang dari Pekeliling. Naik je LRT, hujan turun....LEBAT KOT!.... Dalam LRT, jumpa abang DPLI dari IP Perlis, nak balik Raub. Sembang la sikit. Sampai Pekeliling dah reda sikit hujan. Ramai pulak lah orang nak pergi Pahang hari tu, memang tak jangka langsung sebab hari Jumaat, bukan hari cuti. Ramai jugak bangsa asing naik bas pagi tu. Tiket pukul 7.00 pagi habis, dapat tiket pukul 8.00 pagi (nasib baik tak kena ambik tiket petang). Bas hari tu memang penuh, musim perayaan agaknya, tak macam hari biasa, banyak kosong. Biasalah, semua orang ambik kesempatan untuk bercuti. Ok, sambung balik, walaupun hujan.....tapi panas kot kat tempat tunggu bas tu. Naik je bas, lega sikit. Sebab dah tidur lena dalam bas dari Kedah tadi, dalam bas nak ke Pahnag ni tidur kejap je, tu pon sebab bosan duduk dalam bas. Sepanjang perjalanan dari KL sampai Temerloh, hujan memanjang, dekat Lanchang je tak hujan, tapi cuaca mendung, keadaan sekeliling pulak berkabus. Masuk je sempadan Jerantut, baru rasa bahang matahari. Dalam pukul 11.00 pagi baru dapat jejak kaki dalam rumah. Sampai je dekat "hometown", Jerantut tersayang, banyak perubahan-perubahan yang berlaku walau tak sampai 2 bulan di perantauan. Dari tingkatan 4, sejak masuk asrama, sampai sekarang, memang macam ni, balik rumah je, ada perubahan baru, ada yang positif ada jugak yang negatif. Apa yang tak seronok, bila kita takde, macam-macam "event" diorang buat, bila kita balik, biasanya takde pape pon..... Cuti sekolah, ramainya wira, wirawati di stesen bas. Oh, lagi satu, orang Kuantan turun Jerantut, cakap Jerantut sekarang dah sibuk.
("BUKAN BANDAR CABUK"). Harap Jerantut akan terus maju, tapi mentaliti warganya kena diubah! Buat malu je bila ke Taman "I" City Jerantut, banyak sampah ditinggalkan di atas meja, tong sampah hanya sekadar hiasan. Yang merokok tu, selambe je buang putung tu merata-rata. Vandelisme juga satu masalah. Lagi satu, Landskap/keadaan sekeliling bandar memang cantik, tapi ada yang dah cacat/rosak sebab vandelisme................ SIAPA GATAL SANGAT NAK ROSAKKAN HARTA AWAM NI!?



 Cuti ni tak tahu nak buat apa. Kerja banyak, tapi malas sangat nak sentuh.
 Tawaran, naik Eye on Jerantut, RM 2.00 je, aku pun belum sempat naik.