Thursday 25 October 2012

BALIK KAMPUNG LAGI...........

kali ni, balik kampung untuk raya haji......cuti pendek dan rase lain macam sikit sebab lepas raya terus periksa akhir tahun.....................perjalanan balik Pahang kali ni lain sikit daripada balik raya puasa sebelum ni sebab dapat bas terus dari   KL-JERANTUT. 

Ok....malamtu mintak kawan hantar ke Stesen Bas Tanah Merah, Jitra. Daripada Jitra saya ambik bas pukul 11.00 malam ke KL. Huh...bas lambat, 11.30 baru sampai.... Lps tu terus ke KL dalam pukul 5.30 sampai. Biasa naik bas pukul 11.30 malam tu die berhenti kat R&R boleh makan....tapi bas pukul 11.00 malam ni tak berhenti... oooooo...........baru tau.. bukan apa, makan berat dlm pukul 7.00 malam... lepas tu kalau nak makan berat lagi sekali kena tunggu sampai Jerantut dulu sebab bile da mulakan perjalanan....... perlu sentiasa bergerak, lapar wooo...tapi takpe..... takde masalah pasal tu..Ok. bila da sampai Pudu, KL, terus ke surau tunggu masuk waktu Subuh. Lepas Subuh, terus siap sedia untuk ambik LRT daripada Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Titiwangsa. Perjalanan tak jauh, dekat je. Sampai Stesen Titiwangsa dekat Pekeliling tu dalam pukul 6.20 pagi... Lepas tu terus terjah kaunter Metrobus untuk beli tiket..tapi tutup, tunggu sampai pukul 6.45 baru bukak...Kali ni dapat tiket terus ke Jerantut.. tak payah nak cari bas kat temerloh macam hari tu..makan masa ooo........ Bas dari Pekeliling, KL ke Jerantut bertolak pukul 7.00 pagi sampai Jerantut dalam 3 jam kemudian. Bas KL-Jerantut ni akan pegi ke Lanchang-Mentakab-Jerantut. Dalam pukul 10.00 pagi sampai Jerantut..Alhamdulillah, selamat sampai. Turun je bas, terus singgah restoran...makan...................Dari bandar nak balik rumah........ingat nak naik teksi..tpi takde orang kat rumah...terpakse 'call' ayah...............

Keseluruhan perjalanan......seronok, masa tu biase la,naik bas....JITRA-JERANTUT memang 10-11-12 jam baru sampai. tpi kalau naik kereta sendiri dalam 7 jam lebih pon da boleh sampai....



KESIMPULAN PERJALANAN (JITRA-KL-JERANTUT)

JITRA-KL(PUDU SENTRAL) = BAS (11.00 MLM) RM 43.00
PLAZA RAKYAT(PUDU SENTRAL)-TITIWANGSA(PEKELILING) = LRT RM 1.20 (DLM 10 MIN)
KL(PEKELILING)-JERANTUT(BANDAR) = BAS (7.00 PAGI) RM16.80
SAMPAI JERANTUT JAM 10.00 PAGI (11 JAM)

KOS = RM61.00


APE KES KENE CONTENG TIKET?

Metrobus..... LRT xde sediakan resit...

Thursday 4 October 2012

TOTAL WAR!

Memandangkan 'assignment', kuiz semua dah habis (musim tugasan) ..............tempoh perlalihan nak masuk musim peperiksaan bermula. Biasanya musim ini dimulakan dengan istirahat dan macam-macam aktiviti yang bukan aktiviti akademik....... Musim ini saya telah gunakan untuk melaksanakan kempen perang dalam permainan video Empire Total War dan Napoleon Total War. Sebagai pendatang baru dalam siri 'game' ni, banyak lagi yang perlu dipelajari....................... Walaupun game ni dah ada di pasaran agak lama, tapi baru sekarang dapat peluang main. Lagipun tak ramai rakan-rakan lain yang main. Macam aku sorang je yang minat bende ni. Yang lain asyik main PES dgn FIFA je. Kat bawah ada tips untuk kempen Mesir Napoleon..... (dipetik daripada forum)



Qu'est-ce que l'Histoire, sinon une fable sur laquelle tout le monde est d' accord ?
(NAPOLEON BONAPARTE)


The Egypt Campaign in my opinion is one of the most difficult in the game.you cant leave anything unguarded or it will be conquered or killed by either the Rebels,Bedouins or Mameluke's (and to a lesser extent the Ottomans).

With some of these tips you will be able to even the odds in Egypt:

Desert Heat

Heat Attrition is caused if you wander away from the Nile, oceans, lakes or city's your troops will start dieing from heat exhaustion and dehydration.Believe it or not wearing a wool uniform in the desert is not fun!

Camels Vs Horses

You may think camels act just like horses... and they do, but have a special effect they demoralize horse units due to their smell. Keep your horses away from the smelly camels or they will move themselves away,by routing of the battlefield.

Battle Heat Fatigue

If you have played Medieval 2 you know what this is about.French troops will become tired a lot quicker than their Egyptian enemies due to both their clothes and the climate they are used too.Try not to get in to melee if possible, as you will most likely lose.

Beware the Bedouins

Watch out for the Bedouins they will strike seemingly safe cities if left unguarded and will relentlessly pillage all of your farms and inns.Its illogical to march all the way through the desert because by the time you get there your army will be half dead.Always leave a few units of militia or line infantry behind to protect your cities.Fortunately Bedouins rarely travel in large numbers(and are fairly weak) so a few units will do.

British Invasion

British Invasions will some times be carried out so even seemingly safe cities like Alexandria are not.Unlike the Bedouins the British travel in large groups and are equivalent to your soldiers.You will have to keep a fairly large amount of either line infantry or Fusiliers and preferably a few artillery and calvary in most coastal cities.

Britannia rules the Waves
Be Very Careful of the British fleet in the area, its commanded by Horatio Nelson a very skilled admiral.Unfortunately there's not much you can do(It takes a very long time to get a fleet half as good as theirs) besides invading Cyprus and it would be very difficult to get there with out Nelson getting you,but if you can pull it off you will stop the British naval invasion as well so if you can do it it is worth it.



British punya 'experience' tinggi, susah nak serang, risiko tinggi.
Berjaya laksanakan kempen ni dalam mod 'easy'. Lepas ni nak cuba mod yang lebih susah.

Saturday 18 August 2012

BALIK KAMPUNG!!!

Raye da dekat, bulan puase meninggalkan kita........... Macam biasa, kalau da hidup merantau, hari raya ade peluang, mesti balik kampung. OK, pengalaman balik kampung....... lain orang, lain pengalaman. Untuk balik kampung raya tahun ni, saya dapat pengalaman baru, sebab kali ni balik turun KL dulu, sebelum ni dari Jitra terus turun Temerloh. Kali ni jugak, saya balik awal, sebelum ni balik lambat. Balik lambat, memang dalam bas tu banyak abang kakak bawak keluarga dgn pak cik mak cik, kali ni balik awal, so naik bas yang didominasi oleh remaja remaji. Pertama kali tunggu bas orang ramai kat stesen tu. Perjalanan ke KL tu macam biase je. Sebelum ni pun pernah naik bas dari Jitra ke KL, tpi sampai KL je la, bukan nak balik Pahang. OK, macam biase, naik bas 11.30 mlm, pukul 4.00 pg singgah RnR sahur. Lepas tu sampai Pudu dalam pukul 6.00, solat subuh dulu di Pudu Sentral. Lepas solat, .....Mane spec aku? Tertinggal 'spec' kat tempat ambik air sembahyang, lepas solat tengok da takde. Nasib baik tak kritikal, 50 je 'power'. OK, takpe teruskan perjalanan. Sebab dari Pudu takde bas pegi Jerantut, so, kena pegi Pekeliling. Ambik LRT ke dari Plaza Rakyat ke Titiwangsa. Pagi-pagi pening kepala, pegi turun dekat Masjid Jamek, lepas tu rase pelik, kenape lain macam je ni.... Lupe plak, x payah tukar 'train'. Plaza Rakyat dengan Titiwangsa tu terus je satu 'line'. Sampai di Pekeliling, terus pegi kaunter tnye tiket, err.bas Jerantut habis, bas temerloh ade... tak fikir panjang terus ambik tiket Temerloh. Bas 7.30 dari KL, sampai Temerloh dalam pukul 9.30. Jalan jem ke tak, tak tahu la, naik bas terus tido. Nasib baik sekolah dah cuti awal, kalau tak, ikan sardin la dalam bas Temerloh-Jerantut tu. Dari Terminal Tmrlh, kene ambik teksi ke Stesen Semantan. Bas Temerloh-Jerantut boleh ambik dari situ. Sampai Semantan, tunggu pukul 10.00 baru ade bas. Sebab orang agak ramai, tpi tak ramai sangat, perjalanan 1 jam jadi 1j30m. Orang turun naik bas, so banyak kali la bas tu berhenti. Sampai Jerantut dalam pukul 11.30 pg. Alhamdulillah, selamat sampai....

BAS JITRA-KL-TEMERLOH-JERANTUT

1)KOS JITRA-KL = RM43.00, LRT PUDU-TITIWANGSA = RM 1.20(x engat sangat), 
   KL-TEMERLOH = RM 11.30, TEKSI TERMINAL-SEMANTAN = RM 5.00,
   TEMERLOH-JERANTUT = RM 6.60

   TOTAL=RM 67.10

2) MASA 11.30 mlm - 11.30 pg =12 JAM

3) LETIH NAK TUKAR-TUKAR 'TRANSPORT'.

4) BUANG MASA UNTUK TUNGGU BAS.



BAS JITRA-TEMERLOH-JERANTUT

1)KOS JITRA-TEMERLOH RM48.00/RM50.00, TEKSI TERMINAL-SEMANTAN RM 5.00
   JERANTUT TEMERLOH RM 6.60

   TOTAL=RM59.60/RM61.60

2)MASA 7.30 mlm-7.30 pg = 12 JAM

3)TAK BANYAK TUKAR 'TRANSPORT'.

4)X BANYAK BUANG MASA TUNGGU BAS.

* Bas dari Jitra akan sampai Temerloh dalam 9-10 jam, maknanye bas 7.30 mlm, dlm 5.30 pg sampai tmrlh, tpi bas tmrlh-jrntt hari isnin-jumaat mula pkul 6.30, sabtu-ahad mula pkul 7.00/7.30. perjalanan tmrlh-jrntt dlm 1 jam.


Papepon lagi 'best' kalau naik bas KL, sebab naik bas pukul 11.30 mlm, maghrib/isyak da tak payah nak fikir dah dalam bas, selesai semua sebelum naik bas. Sampai Pudu boleh subuh terus. Lepas ni nak cuba naik kereta api pulak......... kalau perjalanan naik bas 12 jam, naik kereta api sehari setengah baru sampai................................. Balik cuti sem bulan 11 nanti, naik kereta api, tahun depan naik kapal terbang pulak. Bila-bila masa, boleh gak cube naik kapal balik rumah..............................


Sunday 3 June 2012

MALAS R NAK TAIP!

Lama tak pos pape dalam blog? Hahahahahahaha, sibuk kot
("+ malas"), sampai tak tidoq la 2-3 hari. Lebam mata aku.
Biasa la, awal semester tidoq + main game, tengah semester meroyan sebab 'assignment' macam cendawan tumbuh lepas hujan, lepas habis musim assignment, musim tidoq+main game balik, lepas tu periksa, lepas tu cuti 3 minggu........................... Pergh takde noktah, bace degan sekali nafas je.

Mase musim assignmnt agak sibuk, padan muka taknak buat awal terima la padah, mse tengah musim assignment tiba2 kena terlibat 'handle' program satu minggu untuk projek institut.
Terpinga-pinga, tak tidur malam, dua kali pisau 'landing' atas jari, mase potong bahan utk assignment & projek. Tapi teruskan gak degan jari berbalut tu, hilang sikit je kulit jari, ahahahahahahahaha, kuku terbelah dua, hahahhhahahaa, huh! ngeri...Lps habis musim sibuk meroyan tu, mule la nak tidoq je kje, memang silap besar la banyak tidoq, lepas seminggu buat camtu, terus jadi pemalas, bese hjung minggu jogging, tpi lepas tu tak jogging da, tengok kasut sukan pun nak muntah rase. Bangun tidoq je terus mengadap laptop. Tapi internet 'wifi' tu mengalahkan siput perlahan die, malas nak bukak layan internet, dah la banyak 'site' kena 'block'................Ok lepas periksa ingat nak buat aktiviti mase balik kampung, tapi da satu minggu tak buat pape, hahahahaha, habis camtu je cuti satu minggu.

Seminggu cuti, jage kura-kura degan arnab je kat rumah, kemas bilik, tpi bahagian lain dalam rumah malas nak kemas...........(truk perangai!)

Sampai je kat rumah mase mula-mula cuti, rehat, esoknya terus g KLIA hantar orang g umrah, balik tidoq, Sabtu g Kuantan tak buat pape. Hampeh, pemalas betul!

Ok, cuti tinggal lagi 2 minggu, 1 minggu kene jadi 'babysitter' kat Ipoh, sebab akak ipar g umrah, abg plak keje, kene la jage anak die, diorang janji 1 minggu je, maknenye ade peluang 1 minggu lagi nak buat kuih, mengharap sangat dapat kekuatan semangat dan kesempatan mase nak buat kuih, sebelum balik cuti dah duk bayang........... Saya berazam taknak jadi pemalas lagi!

Ni gambar arnab dan kura-kura tu,
















Kura-kura ni opah punya, opah g umrah, kena tolong jaga, arnab anak sedare punye, die balik kampung bawak sekali arnab dia.