Tuesday 25 February 2014

KERETA KEBAL!

Setelah sekian lama "hiatus" kini kembali dengan cerita hobi. Biasa beli LEGO atau jenama dari China macam Enlighten, Banbao dan banyak lagi. Kali ni pertama kali beli jenama COBI. Poland mari. Kualiti sama/lebih kurang LEGO pada harga yang lebih murah! Kereta kebal "RC" ni cuma RM300 termasuk kos penghantaran.




Buku arahan mudah difahami. Tapi ada bahagian yang susah sikit macam sesetengah bahagian wayar dan ada "brick" yang x kukuh sambungan, mudah tercabut. Tak kukuh sebab "stud" untuk sambung bahagian tu tak banyak. Contohnya bahagian yang panjang 10 stud, hanya 4 stud je yang sambung bahagian tu dengan bahagian lain. Lepas tu bahagian motor macam ada masalah sikit. Mungkin wayar tak betul pasang ke apa, tak tahu lah, tapi kadang-kadang kelajuan runut tak sama, menyebabkan kereta kebal tak boleh bergerak lurus, terutama masa mengundur. Yang lain semua  baik. Boleh bagi "rating" 8/10. "Packaging" pon terbaik lah. bekas aluminum tu.

saya punya Challenger II, tapi "packaging" sama.




3 kelajuan bergerak kehadapan atau mengundur. Boleh bergerak ke kiri dan kanan. Lampu depan dan belakang boleh pilih nak terang atau malap. "Turret" boleh pusing 360 darjah. Puas hati, tak menyesal beli!
Baru lepas layan LEGO MOVIE kat MBO Aloq Staq, boleh layan la. Penuh dengan lawak "random". Lepas ni tengah bulan Mac pergi Sabah seminggu urusan kerja sambil melancong, lepas tu ingat nak mula hobi baru, bela kura-kura. Banyak benda nak buat tapi tak jalan sebab banyak kekangan, harap yang ni jalan dan menjadi............Habis duit aku! Tak apa, janji seronok dan berbaloi.