Saturday 18 August 2012

BALIK KAMPUNG!!!

Raye da dekat, bulan puase meninggalkan kita........... Macam biasa, kalau da hidup merantau, hari raya ade peluang, mesti balik kampung. OK, pengalaman balik kampung....... lain orang, lain pengalaman. Untuk balik kampung raya tahun ni, saya dapat pengalaman baru, sebab kali ni balik turun KL dulu, sebelum ni dari Jitra terus turun Temerloh. Kali ni jugak, saya balik awal, sebelum ni balik lambat. Balik lambat, memang dalam bas tu banyak abang kakak bawak keluarga dgn pak cik mak cik, kali ni balik awal, so naik bas yang didominasi oleh remaja remaji. Pertama kali tunggu bas orang ramai kat stesen tu. Perjalanan ke KL tu macam biase je. Sebelum ni pun pernah naik bas dari Jitra ke KL, tpi sampai KL je la, bukan nak balik Pahang. OK, macam biase, naik bas 11.30 mlm, pukul 4.00 pg singgah RnR sahur. Lepas tu sampai Pudu dalam pukul 6.00, solat subuh dulu di Pudu Sentral. Lepas solat, .....Mane spec aku? Tertinggal 'spec' kat tempat ambik air sembahyang, lepas solat tengok da takde. Nasib baik tak kritikal, 50 je 'power'. OK, takpe teruskan perjalanan. Sebab dari Pudu takde bas pegi Jerantut, so, kena pegi Pekeliling. Ambik LRT ke dari Plaza Rakyat ke Titiwangsa. Pagi-pagi pening kepala, pegi turun dekat Masjid Jamek, lepas tu rase pelik, kenape lain macam je ni.... Lupe plak, x payah tukar 'train'. Plaza Rakyat dengan Titiwangsa tu terus je satu 'line'. Sampai di Pekeliling, terus pegi kaunter tnye tiket, err.bas Jerantut habis, bas temerloh ade... tak fikir panjang terus ambik tiket Temerloh. Bas 7.30 dari KL, sampai Temerloh dalam pukul 9.30. Jalan jem ke tak, tak tahu la, naik bas terus tido. Nasib baik sekolah dah cuti awal, kalau tak, ikan sardin la dalam bas Temerloh-Jerantut tu. Dari Terminal Tmrlh, kene ambik teksi ke Stesen Semantan. Bas Temerloh-Jerantut boleh ambik dari situ. Sampai Semantan, tunggu pukul 10.00 baru ade bas. Sebab orang agak ramai, tpi tak ramai sangat, perjalanan 1 jam jadi 1j30m. Orang turun naik bas, so banyak kali la bas tu berhenti. Sampai Jerantut dalam pukul 11.30 pg. Alhamdulillah, selamat sampai....

BAS JITRA-KL-TEMERLOH-JERANTUT

1)KOS JITRA-KL = RM43.00, LRT PUDU-TITIWANGSA = RM 1.20(x engat sangat), 
   KL-TEMERLOH = RM 11.30, TEKSI TERMINAL-SEMANTAN = RM 5.00,
   TEMERLOH-JERANTUT = RM 6.60

   TOTAL=RM 67.10

2) MASA 11.30 mlm - 11.30 pg =12 JAM

3) LETIH NAK TUKAR-TUKAR 'TRANSPORT'.

4) BUANG MASA UNTUK TUNGGU BAS.



BAS JITRA-TEMERLOH-JERANTUT

1)KOS JITRA-TEMERLOH RM48.00/RM50.00, TEKSI TERMINAL-SEMANTAN RM 5.00
   JERANTUT TEMERLOH RM 6.60

   TOTAL=RM59.60/RM61.60

2)MASA 7.30 mlm-7.30 pg = 12 JAM

3)TAK BANYAK TUKAR 'TRANSPORT'.

4)X BANYAK BUANG MASA TUNGGU BAS.

* Bas dari Jitra akan sampai Temerloh dalam 9-10 jam, maknanye bas 7.30 mlm, dlm 5.30 pg sampai tmrlh, tpi bas tmrlh-jrntt hari isnin-jumaat mula pkul 6.30, sabtu-ahad mula pkul 7.00/7.30. perjalanan tmrlh-jrntt dlm 1 jam.


Papepon lagi 'best' kalau naik bas KL, sebab naik bas pukul 11.30 mlm, maghrib/isyak da tak payah nak fikir dah dalam bas, selesai semua sebelum naik bas. Sampai Pudu boleh subuh terus. Lepas ni nak cuba naik kereta api pulak......... kalau perjalanan naik bas 12 jam, naik kereta api sehari setengah baru sampai................................. Balik cuti sem bulan 11 nanti, naik kereta api, tahun depan naik kapal terbang pulak. Bila-bila masa, boleh gak cube naik kapal balik rumah..............................