Tuesday 26 February 2013

RAMBUT.......................

Ok, selepas cuti raya cina.....memang jadi malas r nak bersenam. Macam biasa, kalau cuti dekat rumah memang banyak rehat je, bila balik jadi malas, nak baring je kejenye. Punya teruk sampai tertangguh sampai 2 minggu "plan" nak gunting rambut. Rambut lambat tumbuh, tapi kalau dah panjang, memang macam singa la kembang die. Dah la kembang, lepas tu memang gatal tengkuk kena rambut. Lepas tu hari Ahad tekad nak pergi gunting. Petang tu pukul 6.00 petang, walau berat rasa nak keluar, akhirnya dapat jugak berbasikal ke pekan. Masa kat kedai tu, ramai orang. Pertama kali gunting rambut kat sini. Biasa "precut" kat rumah je. Gunting kat situ memang best. Puas hati. Siap urut kepala lagi. Memang ringan la kepala. RM6.00 je. Gunting kat rumah pon RM8.00. Berbaloi la tunggu lama pon. Lepas gunting pekena roti telur. Dah 3 minggu tak makan kat kedai tu. Roti canai kalau 2 keping tak cukup, tapi kalau roti telur makan 2 keping memang kenyang la. Dengan perut dah kenyang, kepala rasa ringan, pukul 7.00 petang balik asrama. Perut kenyang, malam tu layan bola. Lepas tu buat kerja yang bertimbun. Tapi semangat tu masih lemah. Malas betul nak buat. 2 jam, 2 perenggan je "essay" yang boleh dibuat, Memang banyak buang masa mengelamun je. "Update" blog pon malas, (ni pon kira rajin sikit nak "post" citer kosong ni), lepas tu, bila dah tengok tak banyak kemajuan, terus tidur. Senang cerita. Kenapa aktiviti hari Ahad ni dijadikan  cerita blog? Sebab hari Ahad ni menandakan adanya perkembangan positif, iaitu melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Memang sejak balik cuti raya cina, tak jadi pape, selain tidur, baring-baring........

No comments:

Post a Comment