Sunday 10 February 2013

NAK DIJADIKAN CERITA.......

Balik rumah untuk cuti musim perayaan ni macam biasa, naik bas.....Macam biasa...Ambik bas malam, pukul 11.00 turun Pudu, lepas tu ambik pulak bas balik Pahang...Ok...Walaupun macam biasa, tapi ada jugak cerita yang nak dicerita...Ok... Dari Kedah macam biasa, naik bas takde masalah pape, bas tak masuk Alor Setar, dari Jitra terus ke KL. Biasa masuk Alor Setar dulu, nanti sampai Pudu pukul 6.00 pagi. Tapi sebab bas dah penuh, bas tu pun tak masuk Alor Setar, bas pon sampai 1 jam awal di Pudu. Dah la Pudu Sentral tu bukak pukul 5.30 pagi, kenalah duduk dekat tepi tangga bergerak tu sampai bukak. Sepanjang perjalanan dalam bas nak ke KL tu asyik tidur je memanjang.....LETIH KOT!.....Bas berhenti pon tak sedar...... Macam biasa, solat di surau dekat Pudu Sentral, subuh masuk lewat, lepas solat terpaksa "rush" nak "kejar" bas pukul 7.00 pagi ke Pahang dari Pekeliling. Naik je LRT, hujan turun....LEBAT KOT!.... Dalam LRT, jumpa abang DPLI dari IP Perlis, nak balik Raub. Sembang la sikit. Sampai Pekeliling dah reda sikit hujan. Ramai pulak lah orang nak pergi Pahang hari tu, memang tak jangka langsung sebab hari Jumaat, bukan hari cuti. Ramai jugak bangsa asing naik bas pagi tu. Tiket pukul 7.00 pagi habis, dapat tiket pukul 8.00 pagi (nasib baik tak kena ambik tiket petang). Bas hari tu memang penuh, musim perayaan agaknya, tak macam hari biasa, banyak kosong. Biasalah, semua orang ambik kesempatan untuk bercuti. Ok, sambung balik, walaupun hujan.....tapi panas kot kat tempat tunggu bas tu. Naik je bas, lega sikit. Sebab dah tidur lena dalam bas dari Kedah tadi, dalam bas nak ke Pahnag ni tidur kejap je, tu pon sebab bosan duduk dalam bas. Sepanjang perjalanan dari KL sampai Temerloh, hujan memanjang, dekat Lanchang je tak hujan, tapi cuaca mendung, keadaan sekeliling pulak berkabus. Masuk je sempadan Jerantut, baru rasa bahang matahari. Dalam pukul 11.00 pagi baru dapat jejak kaki dalam rumah. Sampai je dekat "hometown", Jerantut tersayang, banyak perubahan-perubahan yang berlaku walau tak sampai 2 bulan di perantauan. Dari tingkatan 4, sejak masuk asrama, sampai sekarang, memang macam ni, balik rumah je, ada perubahan baru, ada yang positif ada jugak yang negatif. Apa yang tak seronok, bila kita takde, macam-macam "event" diorang buat, bila kita balik, biasanya takde pape pon..... Cuti sekolah, ramainya wira, wirawati di stesen bas. Oh, lagi satu, orang Kuantan turun Jerantut, cakap Jerantut sekarang dah sibuk.
("BUKAN BANDAR CABUK"). Harap Jerantut akan terus maju, tapi mentaliti warganya kena diubah! Buat malu je bila ke Taman "I" City Jerantut, banyak sampah ditinggalkan di atas meja, tong sampah hanya sekadar hiasan. Yang merokok tu, selambe je buang putung tu merata-rata. Vandelisme juga satu masalah. Lagi satu, Landskap/keadaan sekeliling bandar memang cantik, tapi ada yang dah cacat/rosak sebab vandelisme................ SIAPA GATAL SANGAT NAK ROSAKKAN HARTA AWAM NI!?



 Cuti ni tak tahu nak buat apa. Kerja banyak, tapi malas sangat nak sentuh.
 Tawaran, naik Eye on Jerantut, RM 2.00 je, aku pun belum sempat naik.

No comments:

Post a Comment